kita akan bertemu dengan banyak perkara baru...
dan banyak lagi benda-benda baru yang lain...
B.A.R.U,,, selalunya perkataan baru akan kita kaitkan dengan sesuatu yang menyeronokkan
tapi hakikat membuktikan perkataan baru juga kadang kala membawa makna yang menyakitkan
namun begitu,,,semua ini menambahkan warna-warni dalam kehidupan kita.
memberi kita cabaran baru yang mungkin menyakitkan pada awalnya namun
selepas segalanya diatasi kita akhirnya dapat menuai manis pengalaman tersebut...
teringat satu perbualan dengan seorang sahabat..
"aku kadang-kadang takut berkawan dan berjumpa dengan lebih ramai orang"
"kenapa pula?"
"sebab aku takut disakiti..."
memang...makin ramai orang yang kita jumpa,,,makin tinggi risiko kita untuk disakiti
dan lumrah manusia, mereka memang tidak sanggup merasai kesakitan
terutamanya apabila melibatkan perasaan dan emosi...
dalam lukanya...lama masa memulihkannya...
yang manusia suka adalah apabila dirinya disayangi, difahami, dimanja...
manusia gembira bila punya sahabat yang dapat bersamanya saat suka dan duka
teman pendamping hidup yang sanggup bersama-sama dalam segala aspek kehidupan...
kerana lumrahnya,,, manusia itu sukakan sesuatu yang positif...
tapi tanyakan kembali kepada diri...
kalau tidak aku harungi lautan manusia yang ramai ini...
walaupun ada 1001 kemungkinan diri ini disakiti,,,
mana mungkin aku mampu menjumpai 1 dalam 1000 itu yang mampu menjadi sahabatku?
yang mampu menjadi pendamping hidupku?yang mampu menyejukkan jiwa yang fitrahnya
ingin menyayangi dan disayangi?
lantaran itu, walau apa pun kemungkinan yang wujud,
teruskanlah melangkah wahai diri
kerana sesungguhnya hanya dengan langkahan itu
kita mampu mencapai bahagia yang kita impikan...
...ingatlah,, pada setiap yang pahit itu ada manis yang akan menghiasi..=)
p.ips done~
p.ips done~