aku buntu saat ingin menaip tintaku di sini...bingung juga terasa...
sesaat sebelum aku menaip tajuknya, idea seolah-olah ada. hati, perasaan terasa penuh dengan emosi yang memaksa jari-jariku bergerak menaip.
namun usai sahaja tajuk, hati jadi sejuk. emosi jadi kosong. idea hilang. aku buntu!
mungkin kerana itu, pada mula wujud blog ini lagi, aku tuliskan tajuknya "tiada idea". haha
mungkin benar sih, yang penting isinya dahulu.
saat aku fokus pada tajuknya, aku hilang arah isinya.
sungguh manusia itu lemah!sesaat dia jadi mampu, namun tika saat kedua datang tiba-tiba dia tiada apa-apa.
dia tinggal kosong.
kerana dia tiada kuasa.
tidak mampu dia menahan idea dari akalnya sendiri supaya jangan pergi. tak mampu dia menyuruh hatinya untuk tidak khayal agar dia tak lupa. tidak mampu dia.
tapi mengapa manusia tetap lupa?
mengapa manusia tetap kabur dengan hakikat dirinya?
mengapa manusia tetap ingin dipuji, dipuja oleh manusia juga sedang manusia tidak punya apa-apa?
jawapannya ada pada 'manusia' sendiri.
manusia = pelupa!
p.ip.s done~