Voting

Saturday, 19 April 2014

jalan-jalan yang berubah

assalamualaikum

rasa seronok bila menulis. rasa gembira melihat jari-jari menekan papan kekunci.
Ironi rasanya, saat memikirkan keadaan diri ini.
Setelah 3 tahun mengambil jurusan berkaitan kesihatan sekarang, aku masih tidak tahu di mana letaknya minat sebenar aku.
kalau diikutkan, sememangnya kecenderungan aku adalah bahasa.
tapi bidang aku sekarang adalah sains tulen.
walau bagaimanapun, aku tidak pernah merasa sesal atau rugi. Ilmuwan-ilmuwan Islam dahulu juga menguasai banyak bidang. Aku harus jadi seperti mereka.
Kerana itu, aku tegar meneruskan langkah aku dalam bidang ini.
Namun pada masa yang sama aku cuba untuk menambah nilai dan kepakaran diriku (benarkah?)

insyaAllah.. sama-sama pertingkatkan diri...
Target dan pemikiran aku ketika ini lebih kepada perniagaan
Inilah satu-satunya jalan untuk aku melepaskan diri daripada terlampau terikat kepada manusia lain dalam hidup ini. Kita harus mandiri dan berharap hanya pada Allah.
aku akan cuba.
lepaskan diri ini daripada belenggu hutang.
dan naikkan nama Islam melalui perniagaan.
Jalannya aku sedang cari. Walaupun mungkin ranjaunya masih belum jelas di mataku, tapi aku akan persiapkan rohani dan jasmaniku dalam menghadapi perkara ini.

InsyaAllah, demi Dia...

si penulis tepian tingkap

aku si penulis tepian tingkap
aku lihat dunia, walau dunia tak pernah sedar
aku merenung dari tepian tingkap
mencari makna akan cahaya yang aku lihat
tapi aku tetap di tepian tingkap
tidak bergerak walau sesaat
dengan setia melihat tanpa gerak
mencari makna di setiap kelip mata

sampai satu masa aku disapa senja
cahaya sudah berlari pergi
tapi,
aku masih sendiri di tepian tingkap

kini tiada cahaya menemani
aku kegelapan bersama sepi
masih  mencari-cari makna

ketinggalan aku di sini
sesat sendiri
menyalahkan senja yang tuntas pergi
sedang terlupa salah sendiri
terlampau asyik memerhati


pip, 11/4/14

Thursday, 10 April 2014

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah, minggu ni selesai sudah salah satu tanggungjawab yang aku pegang iaitu sebagai APM bg Catering Day untuk kelas kami.
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sebelum ini, aku tak pernah memegang mana-mana jawatan besar sebesar jawatan ini. tanggungjawabnya sangat besar. Berat beban amanah dia sangat menyakitkan bahu. dan apabila Catering Day ini berjaya dilaksanakan pada hari Rabu 9 April yg lepas, aku rasa sangat-sangat lega.
Banyak yang aku belajar. Terlampau banyak. Dan tujuan aku coretkan di sini ialah supaya aku tidak lupa akan pelajaran yang aku dapat daripada program ini.
Tak pernah dalam hidup aku, aku mengherdik sahabat-sahabatku. Kalau ada pun, hanya dalam gurauan-gurauan. Tetapi kerana Catering Day ini, beberapa orang sahabat baikku menjadi mangsa keadaan. AKU MENGHERDIK SAHABATKU SENDIRI! Pergolakan dalam diri tersangatlah menyesakkan. Iman dan nafsu berperang dalam satu jasad yang lemah. Dan akhirnya, iman tertiarap dalam kekalahan. Nafsu megah dengan kemenangan. Iblis dan syaitan ketawa terbahak-bahak melihat jasad dalam kehinaan. :'( Tidak pernah aku merasakan setewas ini. Lemahnya aku. Lemahnya iman aku dalam berhadapan dengan nafsu sendiri. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan aku wahai sahabat. Sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangi kamu semua dan tidak terlintas langsung dalam fikiranku untuk mengherdikmu sebegitu rupa. Betapa lemahnya aku Ya Allah.
Sekarang, fahamlah aku saat orang berkata, "kekuatan sebenar adalah kemampuan untuk menahan kemarahan."
Seandainya kita tidak dapat menahan kemarahan, kita mungkin akan melepaskannya kepada orang di sekeliling kita. Dan tanpa kita sedar kita mungkin telah menyakitkan hari orang-orang di sekeliling kita. Maka apakah natijahnya? Pasti perhubungan kita akan rosak semata-mata kerana nafsu amarah kita yang tidak terpimpin.
Maka aku berpesan kepada diriku sendiri,
"Wahai NUR AFIFAH AHMAD, kawallah kemarahanmu. Maafkanlah kesalahan dan kesilapan orang lain dan bersabarlah dengan mereka. Sesungguhnya itulah yang terbaik untukmu."

Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi pergolakan dalam diriku ini. Ampunkan keterlanjuran aku selama ini. Perbaikilah hubungan dan ukhwah aku dengan sahabat-sahabatku semula. Tenangkan hatiku, lapangkann dadaku, sesungguhnya Kau Maha Lembut terhadap hamba-hambaMu..
Amin Ya Rabb.