Voting

Thursday, 10 April 2014

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah, minggu ni selesai sudah salah satu tanggungjawab yang aku pegang iaitu sebagai APM bg Catering Day untuk kelas kami.
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sebelum ini, aku tak pernah memegang mana-mana jawatan besar sebesar jawatan ini. tanggungjawabnya sangat besar. Berat beban amanah dia sangat menyakitkan bahu. dan apabila Catering Day ini berjaya dilaksanakan pada hari Rabu 9 April yg lepas, aku rasa sangat-sangat lega.
Banyak yang aku belajar. Terlampau banyak. Dan tujuan aku coretkan di sini ialah supaya aku tidak lupa akan pelajaran yang aku dapat daripada program ini.
Tak pernah dalam hidup aku, aku mengherdik sahabat-sahabatku. Kalau ada pun, hanya dalam gurauan-gurauan. Tetapi kerana Catering Day ini, beberapa orang sahabat baikku menjadi mangsa keadaan. AKU MENGHERDIK SAHABATKU SENDIRI! Pergolakan dalam diri tersangatlah menyesakkan. Iman dan nafsu berperang dalam satu jasad yang lemah. Dan akhirnya, iman tertiarap dalam kekalahan. Nafsu megah dengan kemenangan. Iblis dan syaitan ketawa terbahak-bahak melihat jasad dalam kehinaan. :'( Tidak pernah aku merasakan setewas ini. Lemahnya aku. Lemahnya iman aku dalam berhadapan dengan nafsu sendiri. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan aku wahai sahabat. Sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangi kamu semua dan tidak terlintas langsung dalam fikiranku untuk mengherdikmu sebegitu rupa. Betapa lemahnya aku Ya Allah.
Sekarang, fahamlah aku saat orang berkata, "kekuatan sebenar adalah kemampuan untuk menahan kemarahan."
Seandainya kita tidak dapat menahan kemarahan, kita mungkin akan melepaskannya kepada orang di sekeliling kita. Dan tanpa kita sedar kita mungkin telah menyakitkan hari orang-orang di sekeliling kita. Maka apakah natijahnya? Pasti perhubungan kita akan rosak semata-mata kerana nafsu amarah kita yang tidak terpimpin.
Maka aku berpesan kepada diriku sendiri,
"Wahai NUR AFIFAH AHMAD, kawallah kemarahanmu. Maafkanlah kesalahan dan kesilapan orang lain dan bersabarlah dengan mereka. Sesungguhnya itulah yang terbaik untukmu."

Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi pergolakan dalam diriku ini. Ampunkan keterlanjuran aku selama ini. Perbaikilah hubungan dan ukhwah aku dengan sahabat-sahabatku semula. Tenangkan hatiku, lapangkann dadaku, sesungguhnya Kau Maha Lembut terhadap hamba-hambaMu..
Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment