Voting

Monday, 10 March 2014

Inilah Hidup!

Hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang....
itulah lukisan alam..
begitu aturan Tuhan...

Assalamualaikum...
Lagu Lukisan Alam oleh Hijjaz ini adalah antara lagu kegemaran aku. Lirik lagu ni boleh buat aku lebih tenang terutamanya bila aku stress.
 Sekarang, hidup makin menampakkan wajah dia yang sebenar.
Bila kita meningkat dewasa, cabaran itu dirasa makin datang menguji.
Inilah kehidupan. Kita takkan dapat lari dari lumrah ini.
Yang kita boleh usahakan ialah untuk meneruskan kehidupan ni dan mengatasi cabaran-cabaran dalam keadaan yang diredhai Allah...
Maka seeloknya, kita sentiasa panjatkan doa buat Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
supaya dalam apa jenis mehnah dan tribulasi sekalipun, moga Allah lindungi kita dan sentiasa berikan petunjuk kepada kita... Agar kita semua tak tersasar dari jalan yang benar.
AllahuAkbar!

Jom sama-sama teruskan usaha untuk maju dalam hidup ini. Kerana sesungguhnya, hidup kita saat inilah yang menentukan akhirat kita... Work now, for the sake of our akhirah!

No comments:

Post a Comment